About Me

My photo
sTiLL sEaRcHinG fOr MySeLF..

..



'
'
'

Monday, 31 May 2010

Ayam Percik KElantan

 resepi fromm HANA

AYAM PERCIK KELANTAN

Bahan-bahan
  • 3 ketul dada ayam
  • 4 cawan santan pekat ( saye ganti ngn susu -2 1/2 cwn )
  • 2 keping asam keping
  • sedikit bancuhan tepung jagung( untuk segera pekatkan kuah-tapi lebih sedap kuah pekat sendiri tanpa bantuan tepung jagung) ( saye xltak tepung jagung pown )
  • Garam secukupnya
  • Sedikit gula( kuah ni manis sedikit aje)
Bahan dikisar
  • 2 inci halia( xder halia ..so i skip it )
  • 4 batang serai-dihiris halus baru dikisar.(kalau dititik pun boleh)( serai ader kt CARE4 yer)
  • 5 ulas bawang merah( kat cni bwg merah besar2 so ltak 2biji daa ok )
  • 2 ulas bawang putih.( saye ltak 3 + 4HIRISAN lada hijau )
Bahan untuk rebusan ayam
  • 3 ulas bawang putih-dititik
  • 1 inci halia- dihiris2
  • Sedikit garam
  • 1 keping asam keping. 
Cara-cara
  • Ayam direbus separuh masak dengan bahan2 rebusan dan toskan
  • Dalam kuali, masak santan, bahan kisar dan asam keping sehingga mendidih.
  • Sentiasa kacau supaya kuah tidak berketul-ketul.
  • Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau sehingga kuah pekat. ( Untuk cepat memekatkan kuah, masukkan sedikit bancuhan jagung.)
  • Apabila sudah cantik kuahnya( berkilat sikit) angkat dan ketepikan.
Cara Bakar
  • Ayam yang direbus separuh masak dibakar dengan api yang sederhana.
  • Balik2kan ayam dan lumur ayam dengan kuah percik tadi sehingga ayam masak dan mesra dengan kuah tadi.
  • Apabila menghidang, tuangkan sebahagian kuah ke atas ayam bakar tadi. Siap untuk dimakan.
 p/s : utk resepi nie..i xbakar...i masukkan trus dlm oven..;)
~mcam beyse puji masakan sendri..sedap larh..tpi bleh dipertingkatkan lagi..n pleazz..oven bagi panas yer..~

No comments: